ππŽπ“πˆπ’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π : πŠπ”π“πˆππ€π ππ€π˜π€π‘π€π π“π„πŒππ€π“ π‹π„π“π€πŠ πŠπ„π‘π„π“π€ πƒπˆ π“πˆπ†π€ π‹πŽπŠπ€π’πˆ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Bermula 1 Ogos 2026, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan kutipan bayaran tempat letak kereta di tiga (3) lokasi baharu dengan kadar RM0.60 sejam atau RM90.00 bagi pas bulanan.

Tiga (3) lokasi tersebut adalah seperti berikut;-
i) Persiaran Chandan 1
ii) Persiaran Chandan 2
iii) Persiaran Chandan Putri

Pelaksanaan ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) (Pindaan) 2015.

Bagi tujuan pembayaran, orang ramai boleh menggunakan aplikasi berikut di daerah Kuala Kangsar :- Park @Perak, Flexi Parking, dan Touch 'n Go eWallet.

Waktu operasi bayaran tempat letak kereta adalah seperti berikut;-
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
- Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 -Β 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara Β© 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 03/08/26 β€’ Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas