PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR 2021-2025

OACP MPKK 2021-2025 merupakan dokumen yang dibangunkan selaras dengan pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) pada 29 Januari 2019 dan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 2, No.1 Tahun 2019 berkaitan dengan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional.

Objektif utama pembangunan OACP ini adalah untuk meningkatkan imej MPKK sebagai salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang berintegriti dan bebas rasuah. Ia merupakan rujukan lengkap untuk semua warga MPKK agar setiap individu dapat memberi komitmen dalam melaksanakan inisiatif yang dinyatakan.

OACP MPKK 2021-2025 ini dibahagikan kepada lima bab iaitu Pengenalan, Senario Masa Hadapan, Memperkasa Usaha Pencegahan Rasuah, Tadbir Urus dan seterusnya Kesimpulan. Manakala kerangka OACP dibahagikan kepada empat bidang utama iaitu Perkhidmatan, Penguatkuasaan, Perolehan dan Tadbir Urus.

SALURAN ADUAN INTEGRITI

Aduan Integriti (whistle-blowing) kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar boleh dibuat sekiranya terdapat isu-isu berkaitan, seperti kelemahan dalam sistem dan tatacara kerja, amalan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, atau sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.

Saluran Aduan Integriti ini disediakan bagi memastikan pengadu dapat mengemukakan aduan mereka melalui kaedah yang mesra pelanggan, mudah diakses, dan boleh dipercayai. Pengadu boleh menyampaikan maklumat atau aduan kepada Ketua Unit Integriti atau menerusi pelbagai saluran berikut:

 i

Melalui Telefon

 05-7763199 / 05-7768199

 ii

 Melalui Surat

Ketua Unit Integriti,
Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak

 iii

 Melalui e-mel

integriti[at]mpkkpk.gov.my

 iv

Melalui Borang Atas Talian

Borang Aduan Integriti (Klik Sini)

POLISI MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 22/01/25 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas