Kepada pemilik premis dan pengguna jalan Persiaran Prima 1, Taman Puncak Bougainvillea, Kuala Kangsar, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara sebahagian jalan bermula 22 April 2026 sehingga 27 April 2026 bagi melaksanakan kerja baik pulih lubang benam di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya adalah dimohon untuk mengambil maklum serta memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan, kerosakan harta benda atau kecuaian yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.
Sekian, terima kasih.