Bermula Oktober 2025, para pembekal, syarikat dan kontraktor adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC). Ia merupakan dokumen tambahan yang perlu dikemukakan oleh pihak syarikat yang menyertai semua perolehan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Arahan ini selaras dengan Surat Edaran Bagi Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate-TCC) kepada semua Agensi Kerajaan Bagi Perolehan Bekalan, Perkhidmatan (Perunding dan Bukan Perunding) dan Kerja.
Sekian.