Pokok Rengas

Nama Tempatan

Pokok Rengas

Nama Saintifik

Gluta / Melanorrhea SPP

Info Menarik

Pohon atau pokok kayu rengas ini mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya di atas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat di bahagian atasnya tetapi besar bukaannya di bahagian hujung bawah. Keratan rentas batangnya menunjukkan ada tanda lingkaran hitam.

Mereka yang suka ke hutan samada untuk tujuan perkhemahan, camping, hiking, mencari akar kayu, memancing, berburu atau trip ke air terjun pasti akan bertemu dengan sepohon pokok yang lain dari bentuk di sekitarnya. Siap berhenti dan mengambil gambar bersama dengannya.

Tanpa anda sedari, anda sudah kena sergah, tahu-tahu anda dah merasai. pokok rengas ini ada yang yang jenis besar dan ada yang jenis kecil yang biasanya kedapatan di tebing sungai. Kekadang tersentuh daunnya saja sudah cukup memberi kesan gatal pada badan. 

Getah pokok ini amat bisa sekali jika terkena pada kulit. Memang sangat gatal, sakit, panas dan kulit jadi melecur. Ada jenis getah pokok rengas yang menyebabkan kulit yang terkena getahnya kelihatan seolah-olah seperti terbakar kehitaman tetapi amatlah gatal sekali malah menyakitkan. Jika digaru , ia akan melecet dan bertambah gatal lagi. Jika tangan yang menggaru itu menyentuh tempat lain pada tubuh badan maka ia seolah-olah akan mengjangkiti tempat itu pula, seterusnya apabila digaru-garu maka ianya akan menular ke seluruh badan. ia memberi kesan bintik-bintik jernih yang berair dan amat gatal sekali. Ramai orang tidak dapat menahan kesan kegatalan ini. Kadang-kadang bagi mereka yang berdarah sensitif, duduk bernaung di bawah pokoknya saja pun sudah cukup terasa gatal-gatal di seluruh badan. Tetapi ada juga yang boleh tahan dengan kesan getah pokok rengas ini.

Rengas juga senonim dengan nama Padang Rengas yang terletak di utara daerah Kuala Kangsar merupakan pintu masuk ke Bandar Diraja Kuala Kangsar melalui Jalan Persekutuan dari Taiping, Perak.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 18/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas