Alstonia ialah genus pokok malar hijau dan renek yang tersebar luas dalam keluarga Apocynaceae. Ia dinamakan oleh Robert Brown pada 1811 sempena Charles Alston (1685–1760), seorang profesor kaji tumbuhan Edinburgh dari 1716 ke 1760.
Spesies jenis Alstonia scholaris (L.) R.Br. pangkalnya dinamakan Echites scholaris Linnaeus pada 1767. Tumbuhan genus ini umumnya disebut pulai.
Alstonia terdiri daripada sekitar 40-60 spesies (bergantung kepada penulis berlainan) yang tempatan di kawasan tropika dan subtropika Afrika, Amerika Tengah, Asia Tenggara, Polinesia dan Australia, dengan spesies terbanyak di Malaysia.
Pokok ini boleh tumbuh sangat besar, contohnya Alstonia pneumatophora, tercatat berketinggian 60 m dengan garis pusat melebihi 2 m. Alstonia longifolia adalah satu-satunya spesies yang tumbuh di Amerika Tengah (kebanyakanya renek, tapi turut ada setinggi 20 m).
Nama Pulai juga diambil sebagai nama tempat yang dikenali sebagai Simpang Pulai berada dlm kawasan daerah Kinta, Perak.