Pokok Kangsar merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan malaysia . Di daerah Kuala Kangsar pokok berkenaan banyak tumbuh di kawasan hutan, tepi sungai dan tepi jalan. Pokok yang bersaiz sederhana , daun lebar berbentuk hati dan berbulu. Mempunyai bunga berwarna kuning dan buahnya keras berbentuk hampir bulat. Pertumbuhan pokok agak cepat. Kayunya boleh dibuat sebagai sarong golok.
Pokok ini juga ada dikaitkan dengan sejarah nama kuala kangsar selain diambil dari sejarah bilangan kuala Sungai Perak yang kurang dari satu kuala untuk menjadi seratus iaitu ‘kuale kurang se’ dan akhir ianya di sebut sebagai Kuala Kangsar.