Notis Penutupan Jalan Di Lorong Belakang, Jalan Dato' Maharaja Lela, Kuala Kangsar

Kepada pemilik premis dan pengguna jalan, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara jalan ini sehingga kerja-kerja membaik pulih longkang dan jalan selesai dilaksanakan. Penutupan jalan ini bermula pada 29 April 2026 sehingga 15 Mei 2026. Pihak tuan / puan boleh menggunakan jalan alternatif yang berhampiran di kawasan tersebut.

Pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kecurian, kerosakan harta benda dan kecuaian jika berlaku pada tempoh tersebut. Diharapkan agar pengguna jalan dapat memberi kerjasama dan mengambil maklum tentang perkara ini.

Sila rujuk notis di bawah untuk maklumat lengkap. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas