• Home
  • Informasi
  • Informasi Terkini
  • Membaik Pulih Lubang Benam, Jalan Dan Lain-lain Berkaitan Di Sekitar Taman Puncak Bougainvillea, Kuala Kangsar, Perak

Membaik Pulih Lubang Benam, Jalan Dan Lain-lain Berkaitan Di Sekitar Taman Puncak Bougainvillea, Kuala Kangsar, Perak

Kepada pemilik premis dan pengguna jalan Persiaran Prima 1, Taman Puncak Bougainvillea, Kuala Kangsar, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan menutup sementara sebahagian jalan bermula 22 April 2026 sehingga 27 April 2026 bagi melaksanakan kerja baik pulih lubang benam di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya adalah dimohon untuk mengambil maklum serta memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan, kerosakan harta benda atau kecuaian yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas