Untuk makluman, pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar akan menjalankan kerja-kerja naik taraf Taman Rekreasi Laman Budaya, Daerah Kuala Kangsar bermula pada 7 April 2026 sehingga 28 Julai 2026.
Sehubungan dengan itu, Taman Rekreasi Laman Budaya ditutup kepada umum sehingga kerja-kerja naik taraf selesai dilaksanakan.
Pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kecurian dan kerosakan harta benda yang berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh yang dinyatakan.
Sila rujuk notis di bawah untuk maklumat lengkap. Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.