Sungai Siput, 22 Mei 2025 – Satu operasi memindah dan mengalihkan struktur papan dendeng (hoarding) telah dilaksanakan di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Salak.
Operasi yang berlangsung dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi itu melibatkan struktur berukuran 19' x 2' yang terletak di bahagian belakang sebuah rumah, semalam.
Tiga jabatan utama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar terlibat dalam operasi tersebut iaitu Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan, dan Jabatan Kejuruteraan.
Operasi berjalan dengan lancar dan masyarakat diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada seperti ditetapkan oleh MPKK.