7 Mei 2025, Kuala Kangsar – Telah berlangsung program Kuale Fun Run pada pagi ini, bertempat di Dataran Lembah, Kuala Kangsar anjuran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Melibatkan kira-kira 190 orang, para peserta terdiri daripada rakan-rakan agensi daerah, sekolah dan IPTA dan Ahli Majlis. Pelepasan peserta program telah dilaksanakan oleh Yang Berusaha Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK.
Penganjuran Kuale Fun Run pada kali ini bukan hanya sekadar memfokuskan kepada larian, ia berkonsepkan "plogging" dimana peserta perlu berlari sambil memungut sampah disepanjang jalan yang telah ditetapkan. Pemenang dinilai berdasarkan jumlah berat sampah yang telah dikutip. Berlangsung selama empat jam, sejumlah 300 KG sampah telah berjaya dikutip oleh peserta yang meliputi kawasan Medan Kraftangan Lembah, Laman Budaya, Laman Pahlawan, Dataran Pavilion, Terminal Bas dan Pokok Getah. Tahniah diucapkan kepada pemenang iaitu wakil dari Madrasah Idrisiah dan Jabatan Pengairan dan Saliran kerana memperoleh kutipan sampah tertinggi.
Program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan komuniti setempat bagi usaha memelihara dan menjaga kebersihan daerah dan kawasan masing-masing. Selain itu juga, ia juga dapat membentuk semangat perpaduan sukan dalam kalangan komuniti.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu melancarkan program ini.