Persijilan Semula ISO 9001:2015

04 Oktober 2024, Kuala Kangsar – Sesi pengauditan Persijilan Semula MS ISO 9001:2015 telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 2 Oktober sehingga hari ini bagi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua telah mempengerusikan sesi pembukaan audit ini yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan seluruh anggota kerja MPKK. Pengauditan ini diketuai oleh Ts. Nur Asma binti Abdul Wahab dan dibantu oleh Puan Nur Atikah Idayu binti Ahmad Nadzry.

Ketua Audit telah mengeshkan tiada NCR direkodkan dan terdapat enam OFI direkodkan bagi penambahbaikan pada sesi pembentangan penutup.

Untuk makluman, pentadbiran ini telah mendapat persijilan ISO 9001:2015 bermula daripada tahun 2017 sehingga kini. Persijilan ini bertujuan menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan kepada umum.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota kerja MPKK yang telah memberi komitmen yang cemerlang sepanjang tempoh audit ini. MPKK akan sentiasa komited dalam melaksanakan kesemua Prosedur Kualiti yang telah ditetapkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang diberikan ditahap yang terbaik.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 05/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas