Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar 2024

Kuala Kangsar, 28 Mei 2024 – Telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di Dewan Bendahara, Wisma MPKK, Kuala Kangsar. Majlis yang berlangsung pada jam 10.45 pagi telah disaksikan oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK bersama YBrs. Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran MPKK dan Clr. Azizul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Whip MPKK.

Seramai dua orang Ahli Majlis telah dilantik daripada Parti Keadilan Rakyat iaitu Clr. Nor Bariah binti Mohd Ali dan Clr. Suzana binti Mat Saleh manakala seorang lagi ahli majlis dilantik dari Democratic Action Party (DAP) iaitu Clr. Tan Sok Ying. Pelantikan Ahli-ahli Majlis ini bagi tempoh dua tahun, bermula 16 Mac 2024 hingga 15 Mac 2026.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli-ahli Majlis, MPKK.02:40 PM
1
1
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 02/09/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas