Majlis Melafaz Serta Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

15 Mei 2024, Kuala Kangsar - Seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli , Yang Dipertua MPKK dan disertai Ahli Majlis, MPKK telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Pada majlis ini, Dr. Sakduddin bin Zamli telah menyampai ucapan aluan dan seterusnya mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah. Usai bacaan ikrar, sesi menandatangani ikrar telah diadakan bersama seluruh anggota kerja dan disaksikan oleh Puan Fatimah binti Hamid, Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Negeri Perak.

IBR ini diadakan bagi memastikan kepimpinan dan warga organisasi MPKK sentiasa mengutamakan integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Perak atas komitmen dalam menjayakan sesi Ikrar Bebas Rasuah ini.

1
2
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 18/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas