300 Anak Pokok Ditanam, Csr Tenaga Nasional Berhad Bersama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 18 Disember 2023 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menanam 300 anak pokok spesis nadir dan hutan tempatan bersempena Program Merimbun Kehijauan 2023 bagi daerah Kuala Kangsar.

Program yang berlangsung pada pagi tadi adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB yang bertujuan melestarikan daerah Kuala Kangsar serta membina alam sekeliling yang indah dan sejahtera.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar TNB Perak, Dato' Ir. Sharuddin Bin Mohd Simin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dr. Sakduddin bin Zamli. Turut hadir pada program ini Setiausaha Perbandaran, Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Ahli Majlis MPKK, serta 18 agensi sekitar daerah Kuala Kangsar.

Terdahulu, pada tahun 2020 TNB telah menyumbangkan 633 anak pokok dalam program “Three for A Tree” dan telah ditanam disekitar daerah Kuala Kangsar. Bagi tahun ini pula, 300 anak pokok yang disumbangkan telah ditanam di Persisiran Sayong, Kuala Kangsar.

Antara jenis pokok yang ditanam adalah ficus racemosa, tabebuia sp., syzygium malaccense, mesua ferrea, garcinia nigrolineata, syzygium cumini, fagraea fragrans, tristania sp. dan lepisanthes alata.

“Inisiatf kerjasama daripada TNB ini amat kita hargai dan galakkan kerana, sebagai sebuah PBT dan TNB sebagai entiti agensi swasta, beberapa agenda didalam Sustainable Development Goals (SDG) berjaya dicapai. Antaranya;- sustainable cites and communities, climate action, life on land dan partnership for goals”, menurut Dr. Sakduddin bin Zamli.

1
2
3
4
5
6
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 18/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas