Kuala Kangsar Half Marathon 2023

Kuala Kangsar, 3 Disember 2023 – Acara Kuala Kangsar Half Marathon 2023 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar dengan penyertaan sejumlah 1,400 peserta dari dalam dan luar daerah Kuala Kangsar.

Acara yang bertujuan mempromosikan pelancongan daerah Kuala Kangsar dan mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan komuniti kita. Sebanyak dua acara dipertandingkan iaitu 21 KM dan 10 KM, dan bagi larian 5 KM ‘fun run’.

Pelepasan bagi larian 21 KM dan 10 KM telah disempurnakan oleh Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK bersama-sama Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Bagi acara 5 KM, telah disempurnakan oleh YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.

Acara ini merupakan penganjuran dengan kerjasama Encik S. Ganesan daripada Generasi Atheletics Club. Turut hadir ke acara ini Dr. Husna Maizura binti Ahmad Mahir, Pegawai Kesihatan Daerah, Encik Saiful Bahari bin Tuan Ismail, Pegawai Penerangan Daerah, Ketua-ketua Jabatan dan wakil Ketua Jabatan Daerah.

Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta Kuala Kangsar Half Marathon 2023 dan agensi yang bekerjasama bagi menjayakan acara ini.

1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 03/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas