31 Oktober 2023 – Program gotong-royong bagi keceriaan dan kebersihan Kolam Renang Kuala Kangsar telah diadakan awal pagi dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Komuniti, MPKK.
Program ini disertai oleh Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua, Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis dan warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Program dimulai dengan aktiviti senamrobik oleh MJ Haikal Team.
Setelah tamat aktiviti senamrobik, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran telah memberikan taklimat untuk gerak kerja pembersihan dan pembahagian kumpulan. Pembersihan ini memberi tumpuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk selain daripada menjaga kawasan sekitarnya.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.