25 September 2023, Kuala Kangsar - Pagi ini Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah menerima kunjungan rasmi daripada Jabatan Penilaian dan Harta, Majlis Perbandaran Taiping yang diketuai oleh Sr. Nora binti Mohamed Noor, Pengarah Jabatan Penilaian dan Harta.
Mewakili pentadbiran ini Sr. Mohd Saiful bin Haji Dawam, Ketua Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MPKK, kunjungan oleh rakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini bertujuan berkonsgsi ilmu dan bertukar pandangan berkaitan pengurusan kerja penilaian harta khas.
Terima kasih atas kunjungan semua warga kerja Jabatan Penilaian dan Harta, MPT. Semoga sesi yang bermanfaat ini akan meningkatkan kecemerlangan jabatan.