22 September 2023, Kuala Kangsar - Awal pagi ini telah diadakan Program Tak Nak Sampah Haram di Jalan Taayah. Longgokan sampah haram dihadapan laluan masuk kawasan perumahan serta Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah ini mencacatkan pandangan serta menyebabkan pencemaran bau kepada penduduk kawasan ini.
Program ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah. Permulaan program, disampaikan ucapan oleh Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang bertujuan mendidik para adik-adik murid sekolah.
Penglibatan daripada Tuan Haji Saiful Azli, Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis MPKK, Timbalan Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah, anggota IPD Kuala Kangsar, guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Clifford & Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. dan anggota kerja MPKK, serta penduduk setempat.
Diharapkan penduduk setempat lebih bertanggungjawab dengan sampah masing-masing dan tidak membuangnya ditempat yang tidak sepatutnya.
Terima kasih diucapkan penglibatan dan kerjasama semua pihak yang hadir bersama-sama ke program Tak Nak Sampah Haram ini.