16 Jun 2023 - Sesi Townhall Puncak Emas Bersama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Telah berlangsung Sesi Townhall Puncak Emas Infra SDN. BHD (PEISB) Bersama Ahli Majlis, MPKK dan turut dihadiri oleh Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit, MPKK. Sesi ini telah dibuka dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn. Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran. Berlangsung selama dua jam ini, telah disampaikan oleh Encik Azmirshahrizan bin Amir, Pengurus Seksyen Puncak Emas Infra, Cawangan Kuala Kangsar. Penerangan berkaitan skop dan bidang tugas PEISB, kerja-kerja rutin dan berkala, pembahagian tugasan dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta kepad PEISB kerana telah merangka sesi townhall ini.