Pemasangan Papan Info Pelancongan Laman Pahlawan

5 Januari 2023 - Tiga lokasi produk pelancongan di Kuala Kangsar telah dipasang papan paparan maklumat pelancongan iaitu Jet McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk, Kenderaan Perisai APC Condor & Daimler Ferret dan Monumen Keris.

Inisiatif pemasangan papan maklumat ini bagi memudahkan pelancong atau pelawat mendapat maklumat yang sahih. Selain daripada itu, ia juga bertujuan memantapkan produk-produk pelancongan di daerah ini.

Selain daripada itu, tiga lokasi produk ini juga dinamakan sebagai Laman Pahlawan, bagi memperingati nilai sejarah yang ada pada setiap produk ini.
Terima kasih kepada Malaya Historical Group Society atas kerjasama dalam menyalurkan sumber maklumat kepada MPKK.
1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 18/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas