Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 29 April 2026 – Telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di Dewan Bendahara, Wisma MPKK, Kuala Kangsar.

Majlis yang berlangsung pada jam 9.30 pagi ini dihadapan Yang Dipertua, Dr. Sakduddin bin Zamli dan disaksikan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Perak, serta Setiausaha Perbandaran, Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor dan pihak pengurusan tertinggi MPKK.

Keseluruhan bilangan Ahli Majlis, MPKK adalah 24 orang. Walau bagaimanapun pada hari ini seramai 19 orang Ahli Majlis dilantik bagi tempoh dua tahun, bermula 16 Mac 2026 hingga 15 Mac 2028, menurut Seksyen 10 (3) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).

Pada pelantikan kali ini, seramai lima (5) orang wakil daripada parti Barisan Nasional, lima (5) orang daripada Democratic Action Party (DAP), lima (5) orang daripada Parti Keadilan Rakyat dan empat (4) daripada Parti Amanah Negara.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas