15 Januari 2026, Kuala Kangsar - Sempena Mesyuarat Tujuan Am Bil. 1/2026, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) berbesar hati menerima kehadiran Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Yang Berusaha Encik Azrul Sani bin Ibrahim bagi sesi suai kenal dan perbincangan bersama Yang Dipertua Dr. Sakduddin bin Zamli dan barisan Ahli-Ahli Majlis MPKK.
Sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana terbuka dan konstruktif ini telah membuka ruang pertukaran pandangan serta perkongsian idea berkaitan hala tuju dan pembangunan Daerah Kuala Kangsar. Ia juga selaras dengan usaha bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak pentadbiran daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tuan Pegawai Daerah meluangkan masa dan berharap hubungan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kesejahteraan dan kemajuan Kuala Kangsar.