Sesi Pengauditan MS ISO 9001:2015 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

11 November 2025, Kuala Kangsar - Sesi pengauditan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 telah berlangsung selama dua hari bermula dari 10 November di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Setiausaha Perbandaran, Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, telah mempengerusikan sesi pembukaan audit ini yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan seluruh anggota kerja MPKK.

Pengauditan ini diketuai oleh Puan Nur Amira binti Amran dan dibantu oleh Encik Khairul Anuar bin Wan Ali dan LT. KOL (B) Abd Lataf bin Daud. 

Pada pengauditan kali ini, tiada NCR direkodkan dan terdapat tiga OFI direkodkan bagi penambahbaikan. Secara rumusannya, terdapat penurunan trend OFI berbanding tahun 2024 iaitu sebanyak 6 OFI. Pensijilan MS ISO 9001:2015 MPKK telah disambung bagi tempoh 1 tahun lagi sehingga 7 Disember 2026.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota kerja MPKK yang telah memberi komitmen yang cemerlang sepanjang tempoh audit ini. MPKK akan sentiasa komited dalam melaksanakan kesemua Prosedur Kualiti yang telah ditetapkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang diberikan berada di tahap yang terbaik.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 28/01/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas