Jabatan Seni Bina dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (JSAB UKM) telah mengadakan lawatan akademik ke bertempat di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada 24 Oktober 2024, hari ini.
Lawatan ini diadakan bertujuan melihat perancangan pembangunan Bandar Diraja dan seterusnya memahami fungsi MPKK dalam mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran, pembangunan daerah Kuala Kangsar.
Lawatan ini disertai oleh 40 orang pelajar dan empat orang pensyarah dari JSAB UKM dan taklimat serta perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar & Landskap.
MPKK mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan pihak JSAB UKM yang sudi mengadakan lawatan akademik ke Kuala Kangsar.